PENGEMBARAN TANAH KERPAN – Edisi Khas Mencari Sejati

RM25.00

“Petikan Kata pengantar”

Di dunia ini tak ada suatu kegirangan yang lebih besar daripada kegirangan seorang punk melihat seorang punk lain tidak pernah berhenti berkarya dan terus kekal dalam perlawanannya. Lebih-lebih lagi seorang punk yang sudah bergelar bapa yang sudah tentu sibuk mempraktikkan ideanya dalam misi membina bangsa bertamadun bermula di rumah. Kita semua seharusnya mengucapkan tahniah kepada Azaruddin Paiman atau Din Akar dengan terhasilnya buku Pengembaraan Tanah Kerpan ini sebagai bukunya yang kedua.

Selama kurang lebih 21 tahun lamanya memerhatikan perjalanan punk hardcore tempatan sama ada sebagai orang yang aktif secara langsung di dalamnya atau orang yang banyak duduk di tepi, saya telah melihat bermacam-macam perkara. Namun cuma ada satu perkara yang sering menarik perhatian saya mengenai gerakan idea dan budaya ini iaitu tentang ‘punk yang bahagia.’ Tiga patah perkataan itulah juga yang saya dapat simpulkan bila membaca sepintas lalu tulisan buku ini malah ketika hanya merenung kulit buku Pengembaraan Tanah Kerpan ini.

Bagi saya yang berasal dari Kuala Lipis yang mana kebanyakan orang dari sini bermazhab punk Washington DC, saya amat setuju dan percaya bahawa punk bukanlah genre muzik, bukanlah sejenis penampilan merisaukan dan bukanlah juga perlakuan merosakkan diri atau memberontak merosakkan dinding dan lampu jalan. Saya memandang punk sebagai satu gaya mentadbir hidup dengan idea dan prinsip pilihan yang jelas dalam ruang bebas ciptaan masing-masing untuk mencapai kebahagiaan yang unggul.

Soalnya sekarang bagaimanakah seorang punk yang bahagia itu mentadbir hidupnya?

In stock

Additional information

Weight 250 g