MEN ARE TRASH by Salman Faris

RM20.00

“Kalau buku ini adalah sebuah filem, maka filem ini mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang punkrocker yang bercita-cita untuk menjadi seorang novelis dan sedang bertungkus-lumus menyiapkan sebuah novel cinta paling epik di dunia. Sekejap filem ini akan memaparkan adegan cerita yang dia sedang tulis, sekejap filem ini akan memaparkan adegan diri dia dan perkara-perkara yang berlaku di persekitarannya; kita sebagai penonton, mungkin akan terkeliru kerana gagal meneka yang mana satu kisah diri dia dan yang mana satu kisah yang dia sedang tulis. Kedua-dua hal tersebut bagaikan saling bergomol-gomol di tengah gelanggang gusti tanpa kesudahan.

Dan cinta memang begitu! Tidak ada kesudahannya….

Pun begitu, filem seperti inilah yang penonton suka. Dark, tetapi kelakar! Perempuan suka lelaki kelakar, kan!? Nah! Ini buku tulisan Salman Faris, seorang lelaki kelakar paling bertuah di dunia: asal dia petik jari saja – perempuan genit akan ngikut, pergi lepak sama-sama, macam dah kena sihir!” review by STUDIO ANAI-ANAI

In stock

Category: Tags: , ,

Additional information

Weight 250 g